top of page

Pengenalan Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya

Konsep Bimbingan Kerjaya

  • Merupakan proses mendidik yang melibatkan maklumat-maklumat diberikan kepada pelajar dalam usaha untuk membantu pelajar bergerak maju secara progresif ke arah matlamat yang dicita-citakan. (Myrick, 1997, p.3.)

  • Biasanya diberikan oleh pendidik profesional seperti guru dan kaunselor dan dibantu oleh sistem sokongan yang lain. (Myrick, 1997, p.3.).

  • Salah satu program bimbingan yang diberikan kepada murid dalam proses membantu dalam perkembangan kerjaya.

  • Dilibatkan dalam perkhidmatan dan aktiviti berkaitan dengan program kaunseling dan pendidikan kerjaya ( aktiviti pemilihan pekerjaan, perancangan kerjaya, persediaan, dan penempatan )

Konsep Bimbingan Kerjaya Islam

  • Konsep : Satu tugas dan fitrah semula jadi manusia dalam dijadikan sebagai khalifah di dunia.

  • Allah S.W.T menyuruh umat manusia dalam mencari rezeki yang halal bagi kelangsungan hidup.

Konsep Kaunseling Kerjaya

  • Menurut Brown dan Brook 1986 proses perkembangan kerjaya merupakan sebuah proses memilih, memasuki, menyesuaikan diri serta memajukan diri di dalam suatu pekerjaan

  • Hubungan bersemuka antara kaunselor dengan klien dalam satu proses membantu klien memahami, meneroka, merancang, membuat keputusan serta tindakan berkaitan pendidikan, latihan dan pemilihan kerjaya atau masa depan klien.

Boleh sertakan komen anda dibawa😊.

Terima Kasih atas komen anda ❤️

  • Facebook Black Round
  • Twitter Black Round

 

bottom of page